Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Permurah
Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan izinNya, dapat jugak kami selesaikan tugasan yang telah diamanahkan. Kami berpendapat tugasan ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kami dengan lebih teliti tentang amalan gotong-royong dapat mewujudkan-mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum dan dapat memberi ilmu baru kepada kami untuk membuat perkara yang baru contohnya seperti membuat blog.
Akhir sekali, kami berharap pihak penilai dapat menilai hasil kerja kami dengan baik.
Dalam kamus dewan gotong-ronyong dapat ditakrifkan sama-sama mengerjakan sesuatu, saling membantu ketika membuat sesuatu. Gotong royong dapat diartikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat.
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan urbanisasi.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal
Definisi Gotong-Royong
Amalan gotong-royong
ini telah diprakltikan dan diwarisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian
dilupakan oleh generasi baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang
tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong-royong dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian tetapi masih kurang golongan remaja
yang bergiat aktif dalam aktiviti seperti ini.
Kebaikan Amalan
Gotong-Royong
Dalam agama islam
juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu
lambang seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah
menjadi tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun
tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan
kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti
gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara

No comments:
Post a Comment