Monday, 15 August 2016

Gotong-Royong Eratkan Perpaduan Kaum

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Permurah

Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan izinNya, dapat jugak kami selesaikan tugasan yang telah diamanahkan. Kami berpendapat tugasan ini dapat meningkatkan  ilmu pengetahuan kami dengan lebih teliti tentang amalan gotong-royong dapat mewujudkan-mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kaum dan dapat memberi ilmu baru kepada kami untuk membuat perkara yang baru contohnya seperti membuat blog.
Akhir sekali, kami berharap pihak penilai dapat menilai hasil kerja kami dengan baik.


Dalam kamus dewan gotong-ronyong dapat ditakrifkan sama-sama mengerjakan sesuatu, saling membantu ketika membuat sesuatu. Gotong royong dapat diartikan sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat  dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk memperlancarkan  pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat.



        Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing.  Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti yang sama


Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan urbanisasi.


Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.
         Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal 






Definisi Gotong-Royong

Amalan gotong-royong ini telah diprakltikan dan diwarisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong-royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian tetapi masih kurang golongan remaja yang bergiat aktif dalam aktiviti seperti ini.



Kebaikan Amalan Gotong-Royong

Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara



Tuesday, 12 April 2016

Manja ~

Assalamualaikum
Dengan nama Allah Yang Permurah

Kadang-kadang kita minta bunga yang cantik,
tetapi Allah berikan kaktus yang berduri tajam
Rupa-rupanya dari kaktus yang berduri tajam itu keluar bunga yang lebih cantik dari bunga yang kita impikan


Kadang-kadang kita impikan haiwan yang cantik dan comel,
tapi Allah beri ulat bulu yang hodoh dan menggelikan.
Rupa-rupanya Allah ingin berikan kita rama-rama yang cantik dari kepompong ulat bulu hodoh tadi


Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari,
kemudian datangkan guruh dan petir. 
Rupa-rupanya Allah ingin berikan kita pelangi yang cantik menawan

Allah Maha Mgertahui, Dia tahu apa yang terbaik untuk umat dia.
Jadi kita sebagai manusia dan lebih tepat lagi sebagai hampa kepadaNya perlu patuh dan redha dengan apa yang ditentukan oleh Nya

Ramai Di antara kita yang selalu sangat merungut dengan perkara yang ditentukan oleh Allah
Adakah kita tahu apa yang akan berlaku lagi berapa berapa saat akan datang ? 
Ntah Mati Ntah Hidup Kita ni

~~~~~~~~~~ Hahahaha ~~~~~~~~~~
Lari dari tajuk :D
Back To Topic
Manja~
Bagi aku la Manja ni boleh tapi ikut keadaan la. Tak kan semua group nak masuk sentiasa hanya nak penuhi pemintaan dia. 
Be Nice, Dah lama aku perati hang . Jangan sampai aku bercakap dengan kaki aku. Aku bersabar kerana sabar itu akan membawa kepada perkara yang lebih baik. That yang aku gigit sampai sekarang dan sebab tu aku still sabar dengan hang.
Okay ! Betulkan keadaan balik. Aku tak gaduh pun dengan dia dan aku tak kan pun gaduh ni, TAPI fikir la . Kita dalam dunia ni kalau tak boleh jaga hati sabahat kita macam kita nak jaga persahabatan tu sampai JANNAH nanti, fikir biar molek sikit.


Thursday, 18 February 2016

Aku, Mereka Dan Tarbiah



"Apabila kita masuk ke kampus, kita ibarat anak ikan yang baru dipindahkan ke dalam sebuah kolam.
Di dalam kolam itulah kita diberi makan dan dijaga dengan baik oleh penjaga kita.


Kadang-kadang kita di uji oleh hujan yang lebat dan air kolam menganas tapi itu cuma sementara.
Pada satu ketika air kolam menjadi sangat tenang sehingga kita berasa amat selesa dan ketika itu kita leka denga ketenangan itu.


Semua berlalu dengan pantas, sampai satu ketika ikan yang kecil akan menjadi besar dan matang Dan pada ketika itu ikan tersebut akan dipindahkan ke tempat yang lain.
Iaitu Sungai !


Di Sungai ia sama sekali lain dengan di dalam kolam, dalam kolam kita cuma di uji dengan beberapa ujian tapi di Sungai kita tak tahu apa yang akan datang pada kita, 


Dalam sungai kadang kadang akan ada ikan yang lebih besar dari kita dan boleh memakan kita , kadang airnya sangat deras sehingga mhayutkan kita, kita tak tahu.


Jadi kita perlukan sokongan ikan lain iaitu Sahabat yang Istiqomah bersama dengan kita untuk tempoh ujian itu bersama kita.


Macam itu juga kita bila keluar dari kampus nanti, ujian dalam kampus dengan luar kampus berbeza dan jauh lebih mncabar.


teruskan Istiqomah dengan apa yang kamu bawa sekarang jangan berenang berpatah balik kerana di hujung Sungai akan ada satu lagi air yang bentang luas tapi jauh berbeza dengan Dengan kehidupan air tawar kamu. Tapi berenanglah keatas kerana kehidupannya lebih tenang dan sesuai dengan air tawar kamu.



Mungkin pada awalnya penat, perit, dan sakit tapi diakhirnya kamu akan bahagia"
Pesanan Akhi 

Mereka Akhi Aku sekarang :)
😔